Bayangkan Dunia yang Lebih Baik

Kami Percayakan Perubahan

Kita hidup di dunia yang dipenuhi dengan berjuta-juta orang kekurangan keperluan asas. Terlalu ramai kanak-kanak tidak mendapat khasiat yang mencukupi disebabkan oleh kemiskinan dan kekurangan sumber. Orang-orang dari semua peringkat umur berjuang untuk kesejahteraan dan kesihatan secara keseluruhan.Bencana alam memusnahkan keluarga tetapi komuniti yang perlu memulihkannya semula. Jadi, kita perlu katakan, “Cukup!” Kita percayakan tiga kebenaran:

  • Setiap kanak-kanak berhak untuk menerima makanan yang sihat dan berkhasiat.
  • Setiap orang berhak untuk menerima pendidikan dan mempunyai kehidupan lebih sihat.
  • Setiap keluarga berhak untuk mempunyai cara untuk meneruskan kehidupan dan berpulih daripada bencana alam.

Untuk merealisasikan kebenaran ini, kami telah mencipta Isagenix Legacy Foundation pada tahun 2018, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan 501(c)(3) yang memberikan impak mampan secara global melalui usaha sukarelawan dan sumbangan amal yang menumpukan pada pemakanan sihat dan sokongan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, pendidikan kesihatan untuk semua, dan dan bantuan bagi mereka yang terjejas oleh bencana alam. Isagenix menanggung kos pentadbiran pertubuhan ini. Oleh itu, 100 peratus sumbangan akan digunakan sebagai dana geran kepada organisasi tidak berasakan keuntungan yang melanjutkan misi pertubuhan ini.

Walaupun geran pusingan pertama akan diberikan kepada pertubuhan bukan keuntungan yang beribu pejabat di A.S, Isagenix Legacy Foundation menjangka akan mendaftar di Kanada dan mula menerima permohonan daripada pertubuhan bukan keuntungan Kanada pada 2019. Pertubuhan ini merancang untuk mendaftar di beberapa lagi pasaran Isagenix dalam masa beberapa tahun yang akan datang supaya kemampuan kita untuk meninggalkan legasi dalam komuniti di seluruh dunia semakin meningkat.

©2018 Isagenix Worldwide, Inc. Hak cipta terpelihara. Tiada pengeluaran semula tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua tanda dagang dan imej produk yang dipaparkan dalam laman ini ialah harta Isagenix Worldwide, Inc.